.tsuji OSAKA/FRANCE

CatalogrequestECatalogrequestECatalog

Osaka,JapanInstitut Memasak Pakar Manisan Tsuji

2 Tahun Kursus Pengurusan Teknik Pembuatan Manisan
1 Tahun Kursus Utama Pakar Kebersihan Manisan

Persekitaran pendidikan yang memupuk “kebolehan mencipta” dan “kebolehan berfikir”. Institut Memasak Pakar Manisan Tsuji adalah berbeza!

1Belajar “pelbagai jenis genre” dari “guru-guru pakar”.

Anda boleh mempelajari berbagai-bagai genre seperti manisan Barat, manisan Jepun dan roti. Para guru pakar bagi setiap genre akan memberi tunjuk ajar dengan bersemangat menggunakan kemahiran yang tinggi dan kekayaan ilmu pengetahuan mereka. Ini ialah kekuatan terbesar Institut Memasak Pakar Manisan Tsuji.
Dengan mempelajari semua genre pada masa yang sama, anda bukan sekadar boleh mendapatkan kemahiran, bahkan anda juga boleh membuka pemandangan anda kepada pelbagai bidang dan mendapat kekreatifan yang kaya.

  • Manisan BaratManisan Barat
  • Manisan JepunManisan Jepun
  • Pembuatan RotiPembuatan Roti

2Anda tidak boleh menghasilkan manisan dan roti yang sedap tanpa mengetahui sebab mengapa ia berasa sedap.

Di Institut Memasak Pakar Manisan Tsuji, sambil memahirkan diri dengan teknik pembuatan manisan, kami juga mementingkan pembelajaran ilmu pengetahuan teori pembuatan manisan seperti kebersihan makanan dan khasiat makanan.
Dengan mempelajari kedua-duanya, anda boleh memperdalamkan kefahaman anda tentang manisan, dan boleh mempraktikkan ilmu anda di masa depan.

“Program pendidikan”
tersendiri yang memperdalamkan kefahaman secara menyeluruh
TeknikTeknik
Teknik
Mula-mula, kita menjalani latihan tentang kemahiran asas setiap genre seperti penggunaan alat. Seterusnya, mulai dari penyukatan, sehingga sentuhan akhir masakan yang dibuat sendiri, kita akan menggilap bakat masing-masing. Juga, kita akan maju ke arah pembuatan berkumpulan di mana setiap ahli berfikir tentang prosesnya, membahagikan tugasan dan bekerjasama sambil menghasilkan manisan secara besar-besaran. Dengan melalui pembelajaran yang kaya, anda boleh belajar tentang kemahiran asas bagi setiap genre.
PengetahuanPengetahuan
Pengetahuan
Mengapa manisan ini tercipta, apakah yang diperlukan untuk membuat manisan yang boleh dimakan dengan selamat, apakah cara-cara untuk menzahirkan khasiat dan ciri-ciri khas makanan, dan apakah yang boleh dilakukan untuk hidup dengan sihat? Dengan bertemakan budaya makanan yang ada di sebalik latar belakang sesebuah manisan, keselamatan dan kebersihan makanan, kehidupan pemakanan dan kesihatan, serta khasiat, anda boleh belajar tentang ilmu pengetahuan yang harus diketahui sebagai seorang pembuat manisan profesional.

3Boleh belajar dengan merangkumkan perspektif “belajar di Perancis”

Dalam Kumpulan Tsujicho, terdapat sebuah sekolah Perancis yang mengajar manisan Perancis asli yang bertapak di istana luar Bandar Lyon.
Anda boleh merasai pengalaman latihan amali (“Stage”) di kedai bertaraf nombor satu di Perancis, dan ia akan menjadi stimulus yang meningkatkan kemahuan belajar anda.
Dalam kursus utama pakar kebersihan manisan, terdapat ‘kursus belajar di sekolah Perancis’ di mana anda boleh mengambil kelas sokongan khas, dan mendorong persediaan ke arah belajar di luar negara dari sewaktu anda masih belajar lagi.

Membangunkan pelajaran simulasi yang menggilap kemampuan praktikal di tempat asalnya.Membangunkan pelajaran simulasi yang menggilap kemampuan praktikal di tempat asalnya.

Sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho

Institut Memasak Pakar Tsuji seperti dilihat dalam video

  • “Edisi keseronokan mencipta”
  • “Edisi pengalaman sebenar bertumbuh”