.tsuji OSAKA/FRANCE

CatalogrequestECatalogrequestECatalog

Lyon,FranceSekolah Perancis Kumpulan Tsujicho

Belajar secara langsung dari chef terbaik Perancis. Belajar luar negara + latihan. Sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho Berbeza!

Sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho yang dilihat dalam video

 



1Belajar persekitaran dan pengalaman terbaik

Belajar masakan dan manisan Perancis asli bertempat di dua buah istana yang terletak di luar bandar Lyon, Perancis.
Tumpuan kelas ialah, pembelajaran simulasi yang menyeluruh oleh para pengajar Perancis yang kaya dengan pengalaman. Memahirkan diri dengan elemen makanan melalui persekitaran dan pengalaman yang terbaik seperti latihan amali di kedai terbaik Perancis.

Membangunkan pelajaran simulasi yang menggilap kemampuan praktikal di tempat asalnya.Membangunkan pelajaran simulasi yang menggilap kemampuan praktikal di tempat asalnya.

2Bangunan sekolah merupakan 2 chateau di Lyon, Perancis

2 buah chateau yang ada di luar bandar Lyon, Perancis. Bangunan yang dibaikpulih dari istana sebenar yang dikelilingi persekitaran yang kaya dengan kehijauan merupakan bangunan sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho.
Dalam persekitaran yang kaya di mana anda boleh merasai tradisi Perancis pada setiap masa, anda boleh mempelajari atmosfera, budaya dan juga perasaan yang menjadi latar belakang masakan Perancis.

  • Sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho 1 “Chateau de l’Eclair”Sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho 1 “Chateau de l’Eclair”
  • Sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho 2 “Chateau Escoffier”Sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho 2 “Chateau Escoffier”

Lyon

3Latihan amali di restoran terbaik Perancis

Di Kampus Lyon, setelah menamatkan 5 bulan pembelajaran dan kelas simulasi restoran, pelajar akan memulakan latihan amali di restoran yang terbaik. Dalam program latihan amali, pelajar boleh memilih daripada lebih 100 buah tempat di seluruh Perancis, mulai dari restoran yang telah mendapat bintang Michelin hingga patisserie dan chocolatier. Setelah menamatkan latihan amali, pelajar akan memperolehi “Sijil Tamat Latihan Amali”. Ini ialah permulaan yang baik bagi resume seorang chef muda. Di Sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho, sambil belajar di Perancis yang merupakan salah satu daripada hanya beberapa buah pusat masakan di dunia, anda boleh mempelajari kepakaran, menggilap teknik, mencari bahan makanan tempatan dan menyelami persekitaran makanan yang terkenal di seluruh dunia.

Institut Memasak Pakar Tsuji Institut Memasak Pakar Manisan TsujiInstitut Memasak Pakar Tsuji Institut Memasak Pakar Manisan Tsuji