.tsuji OSAKA/FRANCE

CatalogrequestECatalogrequestECatalog

Osaka,JapanInstitut Memasak Pakar Tsuji

3 Tahun Kursus Pengurusan Teknik Memasak Tinggi
2 Tahun Kursus Tahun Kursus Pengurusan Teknik Memasak
1 Tahun Kursus Tahun Kursus Dasar Memasak

Persekitaran pendidikan yang memupuk “kebolehan mencipta” dan “kebolehan berfikir”. Institut Memasak Pakar Tsuji adalah berbeza!

1Belajar “pelbagai jenis masakan” dari “guru-guru pakar”.

Anda boleh mempelajari berbagai-bagai masakan seperti masakan Barat, masakan Jepun dan masakan Cina. Para guru pakar bagi setiap masakan akan memberi tunjuk ajar dengan bersemangat menggunakan kemahiran yang tinggi dan kekayaan ilmu pengetahuan mereka. Ini ialah kekuatan terbesar Institut Memasak Pakar Tsuji.
Dengan mempelajari semua genre pada masa yang sama, anda bukan sekadar boleh mendapatkan kemahiran, bahkan anda juga boleh membuka pemandangan anda kepada pelbagai bidang dan mendapat kekreatifan yang kaya.

  • Masakan BaratMasakan Barat
  • Masakan JepunMasakan Jepun
  • Masakan CinaMasakan Cina

2Terdapat “persekitaran pendidikan” di mana anda boleh menaikkan tahap anda dengan sebenar-benarnya.

Anda tidak boleh menghasilkan masakan yang sedap tanpa mengetahui sebab mengapa ia berasa sedap.
Di Institut Memasak Pakar Tsuji, sambil memahirkan diri dengan teknik memasak bertahap tinggi, kami juga mementingkan pembelajaran ilmu pengetahuan teori memasak seperti kebersihan makanan dan khasiat makanan.
Dengan mempelajari kedua-duanya, anda boleh memperdalamkan kefahaman anda tentang masakan, dan menumbuhkan perasaan ingin belajar anda.

“Program pendidikan”
tersendiri yang memperdalamkan kefahaman secara menyeluruh
TeknikTeknik
Teknik
Mula-mula, kita menjalani latihan tentang kemahiran asas setiap genre seperti penggunaan pisau. Seterusnya, mulai dari latihan hinggalah memasak, sentuhan akhir, hinggalah mengatur susunan makanan dan menyiapkan satu pinggan hidangan, kita akan menggilap bakat masing-masing. Juga, kita akan maju ke arah pembuatan berkumpulan di mana setiap ahli berfikir tentang prosesnya, membahagikan tugasan dan bekerjasama sambil menghasilkan masakan secara besar-besaran. Dengan melalui pembelajaran yang kaya, anda boleh belajar tentang kemahiran asas bagi setiap masakan.
PengetahuanPengetahuan
Pengetahuan
Mengapa masakan ini tercipta, apakah yang diperlukan untuk membuat masakan yang boleh dimakan dengan selamat, apakah cara-cara untuk menzahirkan khasiat dan ciri-ciri khas makanan, dan apakah yang boleh dilakukan kepada masakan untuk hidup dengan sihat? Dengan bertemakan budaya makanan yang ada di sebalik latar belakang sesebuah masakan, keselamatan dan kebersihan makanan, kehidupan pemakanan dan kesihatan, serta khasiat, anda boleh belajar tentang ilmu pengetahuan yang harus diketahui sebagai seorang chef profesional.

3Boleh belajar dengan merangkumkan perspektif “belajar di Perancis”

Dalam Kumpulan Tsujicho, terdapat sebuah sekolah Perancis yang mengajar masakan Perancis asli yang bertapak di istana luar Bandar Lyon. Anda boleh merasai pengalaman latihan amali di kedai bertaraf nombor satu di Perancis, dan ia akan menjadi stimulus yang meningkatkan kemahuan anda untuk belajar tentang masakan. Dalam kursus dasar memasak, terdapat ‘kursus belajar di sekolah Perancis’ di mana anda boleh mengambil kelas sokongan khas, dan mendorong persediaan ke arah belajar di luar negara dari sewaktu anda masih belajar lagi. ※Anda juga boleh belajar di luar negara dari luar “kursus belajar di sekolah Perancis”.

Membangunkan pelajaran simulasi yang menggilap kemampuan praktikal di tempat asalnya.Membangunkan pelajaran simulasi yang menggilap kemampuan praktikal di tempat asalnya.

Sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho

Institut Memasak Pakar Tsuji seperti dilihat dalam video

  • “1 hari di Institut Memasak Pakar Tsuji”
  • “Edisi perhubungan”
  • “Edisi pengalaman sebenar bertumbuh”
  • “Video dari pandangan pelajar Pelajaran Masakan Jepun”